"Perpaduan Nadi Transformasi Negara" ialah tema bagi sambutan Maal Hijrah 1437 pada tahun 2015. Maal Hijrah merupakan permulaan bulan hijrah kepada umat Islam seluruh dunia. Selain itu, Maal hijrah bukan sekadar sambutan semata-mata namun setiap umat Islam perlu mengetahui sejarah disebalik peristiwa Maal hijrah sebagai pedoman hidup.
"Barang siapa yang berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (An- Nisa : 100).
Petikan kandungan ayat al-Quran daripada surah An-Nisa di atas menyatakan bahawa sesiapa yang berhijrah ke jalan Allah dan rasul, mereka akan di limpahi rezeki yang luas dan di kurniakan pahala. Sebagai umat Muhammad hijrah bererti berubah kepada yang lebih baik. Rasulullah s.a.w bersabda "Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah" (Riwayat Muslim). Oleh itu, umat Islam perlu berhijrah dan sentiasa beristiqamah untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.
Petikan kandungan ayat al-Quran daripada surah An-Nisa di atas menyatakan bahawa sesiapa yang berhijrah ke jalan Allah dan rasul, mereka akan di limpahi rezeki yang luas dan di kurniakan pahala. Sebagai umat Muhammad hijrah bererti berubah kepada yang lebih baik. Rasulullah s.a.w bersabda "Orang yang berhijrah itu ialah mereka yang berhijrah meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah" (Riwayat Muslim). Oleh itu, umat Islam perlu berhijrah dan sentiasa beristiqamah untuk menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya.
PENGERTIAN HIJRAH
Maksud hijrah dari segi bahasa ialah berpindah manakala dari segi istilah pula hijrah bermaksud perpindahan Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah (Yathrib). Namun, menurut kandungan ayat al-Quran pengertian hijrah memiliki pelbagai makna kerana konsep sebenar hijrah adalah lebih mendalam dan meluas.
TUJUAN HIJRAH
Tujuan Rasulullah s.a.w berhijrah adalah kerana baginda menerima perintah Allah untuk menyebarkan dakwah kepada umatnya. Seterusnya, baginda berhijrah untuk memperkukuhkan kedudukan agama bagi menyebarkan ajaran Islam. Erti sebenar hijrah kepada manusia ialah untuk berubah. Allah menyuruh hambanya untuk berhijrah kepada yang lebih baik kerana tanpa hijrah manusia akan terus leka. Gambar di bawah menunjukkan contoh pengertian yang mudah tentang hijrah kepada umat Islam
.
.
Sumber : Internet
SEJARAH PERISTIWA HIJRAH
Peristiwa hijrah sebenarnya sudah kita pelajari semasa di sekolah ketika kelas Pendidikan Islam. Namun begitu, sesetengah pihak mungkin kurang menghayati cerita di sebalik peristiwa hijrah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyingkap kembali sejarah kronologi peristiwa hijrah yang ringkas di bawah.
- 620 Masihi - Beberapa orang Madinah (suku kaum Khazraj) bertemu Rasulullah secara sulit-Termeterai Perjanjian Aqabah Pertama
- 621 Masihi (tahun kesebelas kerasulan Nabi) - Perjanjian Aqabah Pertama dilakukan.
Isi kandungan Perjanjian Aqabah Pertama :
- Suku kaum Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
- Mereka hendaklah berjanji akanmembantu perjuangan Rasulullah s.a.w.
- Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak dan membunuh bayi perempuan.
- Suku kaum Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.
- Mereka hendaklah berjanji akanmembantu perjuangan Rasulullah s.a.w.
- Mereka tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak dan membunuh bayi perempuan.
- 622 Masihi (tahun ketiga belas kerasulan Nabi) - Perjanjian Aqabah Kedua. Seramai 37 orang lelaki dan 2 wanita dari suku kaum Aus dan suku kaum Khazraj memeluk Islam.
Isi kandungan Perjanjian Aqabah Kedua :
- Suku kaum Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan taat sedia kepada Rasulullah s.a.w
- Suku kaum Aus dan Khazraj menjemput Rasulullah s.a.w dan golongan Muhajirin Mekah berhijrah ke Madinah.
- Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan Rasulullah dan golongan Muhajirin serta menyatakan taat sedia mempertahankan Islam.
- Sehari sebelum hijrah - Musyrikin Quraisy merancang untuk membunuh Rasulullah dan mengepung rumah baginda.
- Malam hijrah - Saidina Ali bin Abi Talib telah tidur di kamar Rasulullah bagi mengantikan tempat Rasulullah. Rasulullah terlepas daripada kepungan Musyrikin Quraisy.
- 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 Masihi - Rasulullah bertemu Abu Bakar As-Siddiq lalu memberitahu perintah Allah untuk berhijrah dan bersembunyi di Gua Thur - Meneruskan perjalanan ke Madinah dibantu oleh Abdullah bin Arqit.
- Abdullah Bin Arqit - Menjadi pengintip dan menghilangkan jejak Rasulullah daripada dikesan Musyrikin Quraisy ketika dalam perjalanan menuju Madinah.
- Baginda bersama Abu Bakar As-Siddiq berhenti di Quba' selama 4 hari - Membina Masjid Quba' (Masjid pertama dalam Islam).
- 2 Rabiulawal (2 Julai 622 Masihi) - Rasulullah bersama Abu Bakar selamat tiba di Madinah dan disambut penuh meriah oleh golongan Ansar.
(Sumber : Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 bab 5)
SUMBER : INTERNET
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN HIJRAH
- Hubungan persaudaraan antara golongan Ansar (Madinah) dan Muhajirin (Makkah) bertambah erat.
- Melahirkan kehidupan yang lebih baik.
- Wujud kiraan tahun hijrah dan takwin.
- Nama Yathrib bertukar kepada Madinah (Kota Bercahaya)
- Pembinaan masjid pertama dalam Islam (Masjid Quba')
- Mewujudkan sikap bertolak ansur, ketabahan dan semangat sedia berkorban yang tinggi kepada agama.
Sebagai umat Muhammad kita hendaklah sentiasa mengingati perjuangan dan pergorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat baginda dalam menegakkan agama Allah. Oleh itu, kita perlu bersabar dalam melakukan sesuatu perkara. Kesimpulannya, berhijrah itu perlu dalam setiap diri manusia. Apakah erti sebenar hijrah dalam diri anda? Tepuk dada tanya Iman.
minta izin ambil ilmu maal hijrah di atas
ReplyDeletethankyou
ReplyDelete