KERANAMU MALAYSIA
NUR
DIYANA BINTI MOHD ROSLAN
240036
UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
Keranamu Malaysia
Tanah ini lahir
Dari air mata dan
janji
Tanah ini telah
bertuankan sang pahlawan sakti
Telah
disempurnakan oleh waktu
Dari runtuhnya
kota Melaka.
Keranamu Malaysia
Tanah ini 58 tahun
berdaulat
Darah dan air mata
telah bersatu
Dalam luka luka
darah
Sang pahlawan
bangsa mengangkat senjata
Pada tengah malam
sunyi untuk tanah bertuah ini.
Keranamu Malaysia
Tanah merdeka ini
Melakar sejarah
sebuah cinta abadi
Atas dasar sehati
sejiwa
Tatanglah
semahunya wahai pewaris kemerdekaan
Semaikan budi
dalam lubuk hati
Kekalkan wangi
kedaulatan
Kerana tanah ini
tanah merdeka.
No comments:
Post a Comment