UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA
SEMESTER
PERTAMA SESI 2016/2017
SADE1013
ASAS KEUSAHAWANAN
KUMPULAN
AB
TAJUK:
CIRI-CIRI
USAHAWAN DAN TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA (BILL GATES)
NAMA
|
NO MATRIK
|
SITI
ZAKIAH BINTI ZAINAL
|
232294
|
NUR
DIYANA BINTI MOHD ROSLAN
|
240036
|
MOHAMAD
YUSRI BIN JUSOH
|
244516
|
MOHD
AMIR FIRDAUS BIN MAT JOHARI
|
244624
|
SEDIAKAN
UNTUK :
DR.
MUHAMMAD SHUKRI BIN BAKAR
BAHAGIAN A
1.0 PENGENALAN
Keusahawanan amat penting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara. Negara-negara maju seperti Singapura, Australia, Jepun, dan
seangkatannya melahirkan ramai usahawan yang menyumbang kepada peningkatan
pendapatan negara. Di samping meningkatkan pendapatan negara, keusahawanan juga
merupakan punca kepada pembaharuan sosial dan pembangunan personal. Perkataan
usahawan atau entrepreneur berasal
daripada perkataan Perancis, iaitu entreprendre
yang membawa maksud untuk diuruskan.
Kemudian, maksud perkataan usahawan ini diperluaskan lagi, iaitu seorang
penginovator atau pemaju yang dapat mengenal pasti dan merebut peluang, peluang
yang ditukar ganti dengan idea yang boleh dipasarkan, menambah nilai mengikut
masa, berdaya usaha, wang, atau kemahiran, mengambil risiko di dalam pasar yang
bersaing idea, dan memperolehi ganjaran dari daya usaha tersebut (Amran Awang,
2013).
Tambahan pula, keusahawanan
membuka peluang kerja kepada orang ramai dan membantu rakyat menambah
pendapatan per kapita isi rumah. Justeru itu, perniagaan dikatakan dapat
memberi manfaat serta kebaikan kepada orang ramai, bukan sahaja dari segi
peluang pekerjaan bahkan menyediakan sumber-sumber keperluan asas manusia.
Selain itu, keusahawanan juga merupakan
salah satu proses yang dinamik dalam mencipta kekayaan kerana melalui
perniagaan usahawanan memperolehi jumlah pendapatan yang banyak berbanding
dengan pekerja yang makan gaji sahaja. Walaubagaimanapun, kekayaan ini dicipta
dengan menanggung pelbagai risiko, iaitu usahawanan perlu menanggung risiko
dari segi kerugian, mencipta produk dan perkhidmatan, keupayaan dalam membentuk
pasukan perniagaan yang berkesan, melahirkan idea-idea yang kreatif dan
inovatif dalam menggembleng sumber yang diperlukan, dan memerlukan kemahiran
asas dalam membentuk perniagaan yang kukuh. Usahawan merupakan penggerak
agresif dalam melakukan perubahan dunia perniagaan. Mereka merupakan pemikir
bebas yang sanggup menjadikan keadaan berbeza daripada kebiasaannya. Mereka
akan keluar daripada kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang luar biasa bagi
mencapai kejayaan yang luar biasa kerana mereka berpendapat kehidupan akan
berubah sekiranya mereka meletakkan diri mereka dalam keadaan yang sungguh
mencabar.
2.0 CIRI-CIRI USAHAWAN
Pengkaji
telah membuat kajian mengenai ciri-ciri usahawan dan terdapat sembilan
ciri-ciri usahawan yang boleh dijadikan contoh oleh usahawan lain untuk berjaya
dalam dunia perniagaan. Usahawan
yang berjaya mempunyai ciri-ciri usahawan yang tertentu seperti usahawan yang
mempunyai rangkaian, sanggup mengambil risiko dalam perniagaan, budaya terbuka,
mempunyai visi dan berpandangan jauh, dan sikap yang proaktif. Di samping itu,
usahawan yang berjaya juga perlu mempunyai ciri-ciri seperti berorientasikan
pasukan dan keputusan, mempunyai daya penglihatan yang tajam iaitu mencari dan
merebut peluang yang ada, dan kegagalan satu pilihan. Ciri-ciri inilah yang
membentuk usahawan untuk menjadi usahawan yang berkualiti dan berjaya dalam
dunia perniagaan.
2.1 Rangkaian
Rangkaian ialah satu proses mencipta pakatan dengan
organisasi atau individu lain dalam mengembangkan dan meluaskan perniagaan.
Rangkaian yang dibina dapat melepasi atau merentasi terus halangan peraturan
yang lazim terpaksa dilalui oleh usahawan. Hubungan yang dibentuk dan
dikekalkan dengan manusia lain dapat memberi manfaat dan faedah bersama, iaitu
sesebuah perniagaan bertambah kukuh dan jaringan perniagaan bertambah luas. Hal
ini dapat menjadikan sesebuah perniagaan itu berkembang dengan cepat. Melalui
rangkaian yang dibentuk, seseorang usahawan memperolehi maklumat yang berguna
dan seterusnya dapat membuahkan hasil idea kreatif bagi menghasilkan
produk-produk yang baru di samping mampu memasarkan produk-produk tersebut
dengan strategi pemasaran baru.
TAN
SRI ANTHONY FRANCIS FERNANDES
Tokoh usahawan yang mempunyai ciri rangkaian ini ialah Tan
Sri Anthony Francis Fernandes. Beliau telah dilahirkan pada 30 April 1964 di
Kuala Lumpur dan merupakan pengasas Tune Air Sdn. Bhd. Beliau menubuhkan sebuah
syarikat penerbangan yang menawarkan tambang murah kepada penduduk Malaysia
dengan slogannya, “semua mampu naik kapal terbang” atau bahasa Inggerisnya “now everyone can fly”. Beliau telah
menerima pendidikan di Epsom College (1977-1983), Alice Smith School, dan
London School of Economics (1987). Pada tahun 2015, nilai harta kekayaan yang
diperolehi beliau telah mencatatkan sebanyak 530 million dollars.
Penubuhan
syarikat penerbangan Air Asia bermula apabila Air Asia, iaitu anak syarikat
DRB-Hicom sebuah konglemerat kerajaan Malaysia yang telah menanggung hutang
yang tinggi sebanyak RM40 juta akibat beberapa kesulitan dan masalah yang
dihadapi. Hal ini telah menyebabkan kerajaan mengambil tindakan dengan menjual
kepada pelabur-pelabur, namun tindakan ini tidak menghasilkan apa-apa kejayaan.
Pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir Mohammad pada Oktober 2001 telah memberikan
satu jalan penyelesaian, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad telah memberikan
nasihat kepada Anthony Fernandes untuk membeli syarikat penerbangannya yang
sedia ada daripada menubuhkannya sendiri. Beliau telah mengambil keputusan
dengan memajak rumah dan menggunakan wang simpanannya untuk membeli syarikat
tersebut. Pada waktu itu, syarikat Air Asia mempunyai dua kapal terbang Boeing
yang berumur.
Namun demikian, syarikat Air
Asia memperolehi keuntungan selepas setahun dilancarkan dan mampu menyelesaikan
kesemua hutang walaupun pada masa itu ramai yang beranggapan bahawa syarikat
ini akan muflis di awal penubuhannya. Sebaik sahaja meraih kejayaan, Anthony Fernandes
telah mengembangkan dan memperluaskan penerbangannya ke serata dunia dengan
hanya menawarkan tiket penerbangan murah yang bermula RM1.00 bagi menarik lebih
ramai pelanggan. Bagi mengukuhkan penjenamaan syarikat penerbangan Air Asia,
beliau telah meluaskan jaringan dengan bekerjasama orang kuat Virgin, iaitu Sir
Richard Branson bagi melancarkan Air Asia X. Kesinambungan kerjasama ini dapat
dilihat apabila Air Asia berjaya menawarkan penerbangan ke negara-negara Eropah
seperti United Kingdom, Perancis, dan lain-lain. Selain itu, bagi megukuhkan
lagi penjenamaan Air Asia dan menembusi pasaran Eropah, Anthony Fernandes telah
meluaskan rangkaiannya dengan membeli satu pasukan bola sepak di United Kingdom
dan ini menyebabkan Air Asia dikenali ramai oleh rakyat United Kingdom. Oleh
itu, penjenamaan syarikat Air Asia telah dikenali ramai, bukan sahaja di
Malaysia tetapi di seluruh dunia. Malah, tidak dapat dinafikan Air Asia lebih
maju berbanding dengan syarikat penerbangan lain di Malaysia.
2.2 Pemerhatian
Usahawan yang mempunyai tajam daya pemerhatian ialah
seorang usahawan yang peka terhadap keadaan sekeliling. Hal ini bermaksud
usahawan akan cuba meneliti apa yang diperlukan oleh manusia sekililing dan mereka
berusaha untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh
pengguna. Mark R. Huges ialah seorang usahawan yang mempunyai ciri tajam daya
penglihatan, iaitu beliau sedar akan penjagaan kesihatan yang perlu
dititikberatkan oleh setiap masyarakat. Mark R. Hughes ialah seorang usahawan
Amerika dan pengasas, pengerusi, dan CEO Herbalife International Ltd, sebuah
perniagaan pemasaran rangkaian yang berpengalaman.
MARK
R. HUGHES
Mark R.
Huges telah dilahirkan pada 1 Januari 1956 di La Mirada, California dan
meninggal dunia pada 21 Mei 2000 di Malibu, California pada usia 44 tahun.
Kematian beliau disebabkan oleh pengambilan gabungan toksik alkohol dan Doxepin
di rumah agam beliau yang terletak di Malibu. Mark R. Huges telah dibesarkan dalam
keluarga tunggal, iaitu ibu dan ayah beliau telah bercerai ketika beliau masih
kecil lagi. Ibu beliau mempunyai berat badan yang berlebihan dan masalah
kesihatan mental, malah ibu beliau cuba dengan pelbagai diet untuk menurunkan
berat badan, namun gagal untuk mencapainya. Oleh itu, Mark telah telah terlibat
dengan pelbagai produk penurunan berat badan bagi menyelesaikan masalah-masalah
yang membelenggu ibunya sebelum membangunkan jenama beliau sendiri, iaitu
Herbalife pada tahun 1980.
Tujuan
Mark mengasaskan produk Herbalife ini adalah untuk membantu manusia untuk
menurunkan berat badan tanpa menjejaskan kesihatan di samping menyedarkan
manusia betapa pentingnya menjaga kesihatan. Pengalaman yang berlaku pada
keluarganya sendiri telah menyedarkan beliau untuk membantu orang ramai menjadi
sihat. Beliau turut menyatakan bahawa kebahagiaan keluarga adalah datang
daripada keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya memberi
impak positif kepada kesihatan tubuh badan dan mental. Selain itu, syarikat
Herbalife mempunyai 1.9 juta pengedar bebas di 70 buah negara. Mark juga
menyimpan hasrat untuk membantu orang ramai mengubah kehidupan mereka dengan
menjana pendapatan dengan menjual produk Herbalife. Justeru itu, Herbalife
dikenali sebagai sebuah syarikat pemasaran rangkaian yang terbesar di dunia dan
paling berjaya daripada sudut pandangan pengedar.
Keprihatinan
Mark terhadap kanak-kanak yang memerlukan bantuan telah tertubuhnya Yayasan
Keluarga Herbalife pada tahun 1994, iaitu sebuah pertubuhan amal kanak-kanak.
Yayasan Keluarga Herbalife telah menderma melebihi USD$6.5 juta kepada
kanak-kanak di seluruh dunia di samping menghulurkan bantuan kepada mangsa
bencana. Tumpuan utama Yayasan Keluarga Herbalife ialah Casa Herbalife yang
mempunyai menjalinkan hubungan dengan pertubuhan amal kanak-kanak lain.
Sehingga ke hari ini terdapat 43 program Casa Herbalife di seluruh dunia.
2.3 Mengambil Risiko Terbuka
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, risiko bermaksud
kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian, seorang sahaja yang menanggung
perniagaan dengan mengambil tindakan-tindakan tanpa mempedulikan sebarang
kemungkinan yang berbahaya. Seseorang usahawan haruslah mempunyai sifat
keberanian dalam mengambil risiko kerana tanpa sifat ini seseorang usahawan itu
boleh kecundang di tengah perjalanan disebabkan tidak mempunyai kemampuan dalam
mengendalikan masalah-masalah yang timbul dalam perniagaan. Justeru itu,
sekiranya usahawan ingin memperluaskan pemasaran produk, risiko yang tinggi
haruslah ditanggung.
HENRY
FORD
Henry Ford
ialah salah seorang usahawan yang mempunyai sikap berani mengambil risiko.
Beliau merupakan usahawan Amerika dan pengasas kepada Ford Motor Company serta
kemajuan teknik pemasangan talian secara besar-besaran. Beliau telah dilahirkan
pada 30 Julai 1863 di Greenfield Township, Michigan, United States dan
meninggal dunia pada 7 April 1947 di Fair Lane, United States ketika berumur 83
tahun. Nilai harta kekayaan beliau mencatatkan sebanyak 188.1 billion dollars
pada Februari 2008. Ford Motor Company telah diasaskan pada 16 Jun 1903 dengan
kerjasama Malcomson dan bermodalkan
28,000.
Henry Ford telah mengusahakan
kereta mampu milik pertama untuk kegunaan rakyat Amerika yang berpendapatan
sederhana bagi membelinya. Dalam hal ini, beliau telah menukar automobil yang
berharga mahal kepada berharga yang mampu dimiliki dan seterusnya memberi impak
kepada landskap pada abad ke-20. Penciptaan automobil Model T pada Oktober 1908
telah merevolusikan pengangkutan dan industri Amerika. Beliau telah dikenali
sebagai Fordism kerana melakukan pengeluaran besar-besaran dan melakukan jualan
murah serta membayar gaji pekerja pada harga berpatutan.
Beliau merupakan seorang yang
berimaginasi dan sanggup mengambil risiko. Risiko yang diambil apabila beliau
menurunkan harga automobil Model T dengan harga sebanyak $825 pada 1908 dan
harganya semakin jatuh pada setiap tahun, $360 pada tahun 1916. Walau
bagaimanapun, beliau sanggup dan bersedia menghadapi risiko kerugian.
Sungguhpun begitu, perjualan dan permintaan meningkat pada setiap tahun, iaitu
sebanyak 250,000 unit kereta dijual pada 1914 dan meningkat kepada 472,000 unit
kereta pada 1918. Akibat daripada fenomena ini, hampir keseluruhan
kereta-kereta yang berada di atas jalan raya merupakan kereta Model T.
Namun begitu, penjualan Model
T mula merundum pada pertengahan 1920an kerana berlaku persaingan apabila
pembuat auto lain menawarkan pelan pembayaran, iaitu pengguna boleh membeli
kereta dengan bercirikan mekanikal moden dan reka bentuk yang tidak terdapat dalam
Model T. Pengeluaran terakhir Model T ialah 15,007,034 unit. Bagi memenuhi
permintaan pengguna, Henry Ford telah mengambil langkah seterusnya dengan
mengurangkan waktu bekerja dan meningkatkan gaji minimum pekerja-pekerja supaya
mereka boleh bekerja dalam tempoh yang lama. Satu langkah yang amat berisiko
yang boleh menyebabkan pelbagai kesilapan berlaku merupakan alasan yang kukuh
kenapa Henry Ford bertahan sehingga ke hari ini.
2.4 Berwawasan
Usahawan yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan
perlulah mempunyai visi dan misi yang berpandangan jauh ke hadapan. Mempunyai
perancangan yang baik dan teratur akan memudahkan seseorang usahawan untuk
berjaya kerana usahawan yang berjaya adalah usahawan yang mempunyai rancangan
strategik dan berdaya saing tinggi. Penetapan visi sesuatu perniagaan adalah
sangat penting bagi menentukan hala tuju perniagaan itu. Usahawan yang komited
akan memastikan visi perniagaannya tercapai meskipun terpaksa untuk menempuh
pelbagai dugaan dan cabaran.
JACK
MA
Jack Ma
merupakan usahawan yang mementingkan visi dalam perniagaannya, iaitu Alibaba
Group. Jack Ma atau Ma Yun telah dilahirkan pada 10 September 1964 di Hangzhou,
China. Beliau ialah seorang usahawan Cina dan merupakan pengasas dan pengerusi
eksekutif Alibaba Group, iaitu sebuah perniagaan berasaskan internet yang telah
mencapai pelbagai kejayaan. Kejayaan Jack Ma telah menjadikan beliau pengusaha
dari China pertama yang muncul di muka depan Forbes. Pada tahun 2008, kekayaan
beliau mencatatkan sebanyak $21.8 billion. Beliau telah mendapatkan pendidikan
di Hangzhou Normal University.
Jack Ma
dilihat sebagai seorang yang berwawasan apabila beliau berusaha untuk
mempelajari bahasa Inggeris pada usia yang masih kecil lagi dan beliau
mempraktikan bahasa Inggeris setiap hari dengan berbual bersama pelancong
Inggeris di sebuah hotel berhampiran rumah beliau. Beliau turut menawarkan
perkhidmatan percuma dengan membawa pelancong-pelancong luar berjalan di
sekeliling bandar China supaya beliau dapat mengasah dan memperbaiki bahasa
Inggerisnya dan beliau mengambil masa selama sembilan tahun untuk berfasih
dalam bahasa Inggeris. Kecekalan beliau dalam mencapai visinya untuk berfasih
Inggeris tercapai dan kini, beliau berfasih berbahasa Inggeris tapi apa yang
paling penting sekali ialah usaha kerja keras beliau pada waktu kecil telah
memberikan banyak manfaat dalam mengembangkan perniagaannya di seluruh dunia.
Bagi
sesiapa yang ingin memulakan sebuah perniagaan dan menubuhkan sebuah syarikat
yang besar memerlukan tenaga dan usaha yang luar biasa tetapi kerja keras
semata-mata tidak mencukupi. Segala tindakan yang dilakukan hendaklah
berdasarkan kepada visi yang ditentukan, barulah seseorang usahawan itu
memperolehi kejayaan. Jack Ma amat menekankan bahawa untuk menjadi seorang
ketua yang menyerlah, seseorang ketua hendaklah berwawasan dan berpandangan
jauh lebih daripada pekerja. Di samping itu, seorang ketua haruslah mempunyai
keazaman dan ketabahan yang kuat serta dapat menanggung apa yang pekerja tidak
boleh lakukan. Tambahan pula, Jack Ma menegaskan bahawa seorang ketua harus
mempunyai ketahanan dan keupayaan yang tinggi untuk menghadapi kegagalan.
Amalan ini
telah menyebabkan Alibaba Group menjana pendapatan sebanyak $170 billion pada
tahun 2012 lebih daripada pendapatan yang diperolehi Ebay dan Amazon.
Pendapatan ini telah meningkat kepada $420 billion pada tahun 2014. Visi
penubuhan Alibaba Group adalah untuk memudahkan komunikasi di antara pengguna
dan pembekal dalam laman web yang disediakan. Hal ini membolehkan waktu kerja
dan urusniaga menjadi lebih fleksibel dan peniaga juga boleh beroperasi di
mana-mana tempat. Sepanjang perjalanan beliau dalam memajukan perniagaan ini,
beliau telah memberi dorongan dan semangat kepada pemilik perniagaan kecil di
China dan di seluruh dunia. Kesungguhan
beliau dalam mempelajari tentang dunia internet di United States pada awal
tahun 1995 telah menjadikan beliau sebagai seorang usahawan yang paling berjaya
dan kaya di dunia.
2.5 Kegagalan Adalah Satu Pilihan
Setiap orang di dunia ini akan mengalami proses kegagalan
dalam kehidupan kerana melalui kegagalan yang dialami membuatkan seseorang itu
kuat dan maju ke hadapan. Kegagalan juga akan mematangkan seseorang usahawan
untuk mengkaji semula kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem pengurusan dan
memperbaiki kegagalan tersebut. Perkataan gagal sebenarnya tidak ada dalam
kamus perniagaan kerana merupakan satu proses kejayaan yang perlu dilalui
sebelum mencapai kejayaan. Jangka masa proses kejayaan ini bergantung kepada
potensi diri dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang usahawan (Azizan Osman,
2014).
DR
AZIZAN OSMAN
Dr. Azizan
Osman ialah contoh usahawan yang mempunyai ciri kegagalan sebagai satu pilihan.
Beliau ialah pengasas dan pengerusi eksekutif Richworks International Sdn. Bhd
dan beliau diiktiraf oleh Malaysian Book of Record pada tahun 2012 sebagai
syarikat terbesar di Malaysia dalam menganjurkan seminar dan kursus dalam
bidang pembangunan usahawan pemasaran dan motivasi (Majalah Niaga, 2013).
Seminar yang dianjurkan oleh beliau telah dihadiri lebih 650,000 peserta dalam
tempoh lapan tahun yang telah melahirkan ribuan usahawan dan kebanyakan dari
mereka mencapai tahap jutawan pada masa kini.
Sebelum
beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya dan membantu melahirkan usahawan
yang lain, Dr. Azizan Osman pernah melalui detik-detik kegagalan dalam
perniagaan-perniagaan yang dijalankan pada awal dahulu. Beliau terpaksa
menggadaikan rumah ibunya sendiri. Beliau juga terpaksa menanggung hutang yang
banyak termasuklah hutang dengan along dan pernah diisyhtiharkan muflis.
Tambahan pula, kesukaran untuk mendapatkan mentor yang sudi mengajar beliau
tentang ilmu perniagaan kerana hanya dengan membaca buku-buku teori perniagaan
tidak menjajikan seseorang itu boleh menjadi usahawan berjaya. Sesungguhnya,
menuntut ilmu dengan orang yang mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan
adalah lebih baik.
Kegagalan
ini telah membuatkan beliau bangkit dan belajar dengan orang-orang yang
mempunyai ilmu tentang dunia perniagaan sehingga beliau memiliki sebanyak 27
buah perniagaan sehingga ke hari ini. Justeru itu, beliau giat dalam melakukan
seminar dan kursus untuk berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai anak bangsa
untuk berjaya dalam perniagaan. Namun begitu, beliau tidak mempercayai
sekiranya ingin berjaya dalam perniagaan memerlukan kelulusan yang tinggi
kerana baginya usahawan yang bermula dari bawah belum menjamin mampu membina
perniagaan yang berjaya. Walau bagaimanapun, beliau yakin pembelajaran
sepanjang hayat mampu menjadikan seseorang usahawan itu meraih kejayaan kerana
semakin tinggi ilmu yang diperolehi, semakin tinggi tahap kejayaan yang
dikecapi.
2.6 Budaya Terbuka
Setiap usahawan yang berjaya juga perlulah
mengamalkan konsep budaya terbuka. Budaya
terbuka merujuk kepada konsep di mana pengetahuan harus disebarkan secara
bebas. Penyebaran pengetahuan dan penukaran idea yang sedia ada dapat dilihat
berdasarkan perkongsian dan kerjasama. Konsep budaya terbuka sangat penting
kepada usahawan untuk bekerjasama dengan persaing lain dalam perniagaannya. Hal
ini kerana, apabila usahawan mengamalkan budaya terbuka dalam perniagaannya,
seseorang usahawan dapat mengesan kelebihan dan kekurangan untuk penambahbaikan
semasa menjalankan perniagaan. Sebagai contoh, pengasas Secret Recipe iaitu Dato Steven Sim Leong Thun yang
mengamalkan konsep budaya terbuka dalam perniagaannya.
DATO STEVEN SIM LEONG THUN
Secret Recipe ialah syarikat yang disahkan
halal rantaian kafe Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1997 dan mempunyai
cawangan antarabangsa di Singapura, Indonesia, Thailand, China, Brunei,
Kemboja, Myanmar dan Maldives.Oleh kerana itu, Secret Recipe dapat berkembang
dengan maju ke luar negara kerana mengamalkan konsep budaya terbuka. Secret
Recipe komited untuk terus mematuhi piawaian penyediaan semua makanan dan
kilang pemprosesan di restoran selaras dengan peraturan garis panduan termasuk
garis panduan HACCP dan VHM. Secret Recipe menjual pelbagai makanan fusion,
ciptaan kek dan pastri, dengan pelbagai ais krim dan minuman. Walaupun beliau
seorang berbangsa cina beliau sangat menitikberatkan soal produk keluarannya
yang halal untuk orang muslim. Hal ini jelas membuktikan bahawa beliau
menjalankan perniagaannya berkonsepkan budaya terbuka. Beliau bebas mengamalkan
konsep tersebut untuk mengembangkan perniagaannya di mana pengetahuan haruslah
disebarkan dengan meluas. Oleh itu, beliau sangat berfikiran kreatif kerana
tidak menjual produknya kepada khusus kepada sesuatu agama dan bangsanya
sendiri.
2.7 Berorientasikan Keuntungan
Seseorang
usahawan menjalankan perniagaan mestilah berpaksikan keuntungan semasa
mengambil risiko dalam perniagaannya. Perniagaan boleh
dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan
dengan bermotifkan keuntungan dan faedah. Aktiviti
perniagaan yang berorientasikan keuntungan ialah Adidas Corporation.
ADI DASSLER & RUDOLF DASSLER
Pada
tahun 1920, Adi Dassler membuat projek kecil-kecilan dengan membuat kasut sukan
di dapur mencuci ibunya di sebuah bandar kecil di Bavaria, Jerman. Kasut yang
dihasilkan berkualiti tinggi akhirnya bisnes kecil-kecilan tersebut mula
membuahkan hasil. Pada tahun 1924, Adi Dassler dan abangnya Rudolf Dassler
mendirikan Dassler Brothers Shoes. Pada tahun 1948, Adi dan Rudolf memutuskan untuk berpisah dan
masing-masing membuat jenama kasut sendiri. Adi membuat jenama Adidas manakala
Rudolf membuat jenama kasut jenama Puma. Pengambilan nama Adidas berasal dari
nama Adi Dassler dengan menggabungkan nama depan Adi dan satu suku kata nama
belakang Dassler iaitu ‘Das’ sehingga menjadi kata Adidas.
Adidas Corporation
adalah sebuah syarikat multinasional Jerman yang mereka bentuk dan mengeluarkan
kasut sukan, pakaian dan aksesori yang berpangkalan di Herzogenaurach, Bavaria,
Jerman iaitu syarikat induk bagi kumpulan Adidas yang terdiri daripada syarikat
sukan Reebok, TaylorMade, Rockport dan 9.1% daripada FC Bayern Munich. Selain
kasut sukan, Adidas juga mengeluarkan produk lain seperti beg, baju, jam tangan
dan lain-lain. Adidas adalah pengeluar terbesar sukan di Jerman dan Eropah dan
pengilang sukan kedua terbesar di dunia selepas Nike. Adidas mempunyai lebih
daripada 50, 728 juta pekerja di 160 buah negara dan menghasilkan lebih
daripada 650 juta unit produk setiap tahun dan menjana jualan RM 145, 000000.00
billion pada tahun 2013. Menurut laman web rasmi
Adidas Corporation, pendapatan syarikat Adidas bagi tahun 2012 telah
disenaraikan sebanyak RM 148, 800000.00. Adidas
Corporation jelas menunjukkan syarikat tersebut menjalankan perniagaan
berorientasikan keuntungan setiap tahun.
2.8 Berorientasikan Pasukan
Perniagaan
berkembang dengan lancar sekiranya mempunyai pasukan yang hebat dalam
organisasi syarikat. Kerja pasukan dapat mengerakkan organisasi dalam syarikat
ke arah yang lebih maju. Ketua atau pengurus sesebuah organisasi tidak akan
bergerak dengan seimbang sekirannya tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pasukannya. Sebagai contoh, perniagaan
SimplySiti iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang mengamalkan konsep berorientasikan
pasukan.
DATO SITI NURHALIZA
Dato Siti Nurhaliza binti Tarudin dilahirkan pada 11 Januari 1979 merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit, pengacara
televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Beliau telah menubuhkan syarikat kosmetik iaitu SimplySiti
pada 30 Mac 2010 dan ibu pejabatnya beroperasi di Kuala Lumpur. Nama Simply Siti
ini diperoleh dari perkataan bahasa Inggeris, “simplicity” yang bermaskud kesederhanaan. Pada bulan
Julai, SimplySiti telah menandatangani kontrak bersama syarikat kelengkapan
peribadi British, Standard Soap untuk menghasilkan produk baru SimplySiti
seperti syampu, anti-peluh dan kelengkapan peribadi lain untuk edaran pada
Februari 2011, yang boleh meningkat sehingga £5 juta untuk tiga atau empat
tahun pertama. Selain itu, beliau telah menggunakan khidmat saintis Korea dalam
menghasilkan bahan-bahan dalam barang kosmestiknya. Beliau dan pasukannya telah
membawa beberapa saintis Korea ke Malaysia untuk merasai cuaca di Malaysia
untuk mengatasi masalah kulit yang dialami oleh wanita-wanita Malaysia
berkaitan dengan cuaca. Hal ini jelas menunjukkan, beliau dan pasukannya sangat
komitmen dalam menjalankan perniagaan kosmestik dan saling bekerjasama untuk
menjayakan produk keluaran SimplySiti.
2.9 Proaktif
Proaktif bermaksud sikap positif usahawan
dalam merangka tindakan awal daripada berlakunya sesuatu perkara yang
sememangnya memerlukan tindakan berkenaan. Usahawan Kentucky Fried Chicken (KFC) iaitu Kolonel
Harland Sanders merupakan salah seorang usahawan yang mengamalkan sikap
proaktif.
KOLONEL HARLAND SANDERS
Kolonel Harland Sanders dilahirkan pada 9 September 1890 dan merupakan
ahli perniagaan KFC. Beliau mula aktif dalam dunia perniagaan dengan menjual
ayam goreng pada usia 65 tahun. Selama 9 tahun beliau berusaha menyempurnakan
resipi memasak ayam goreng dengan menggunakan 11 jenis rempah untuk
meningkatkan citarasa ayam goreng menjadi enak. Hal ini jelas menunjukkan beliau
seorang yang tidak mudah berputus asa dan bersikap proaktif meskipun memulakan
perniagaannya pada usia veteran. Beliau mencapai status selebriti pada tahun
1952, apabila dia membuat keputusan untuk memfrancaiskan resipi Kentucky Fried
Chicken yang terkenal menggabungkan 11 herba dan rempah untuk negara lain di
Amerika.
3.0 KESIMPULAN
Pendekatan strategi yang diaplikasikan oleh
usahawan tempatan mahupun di dunia mampu menarik pelanggan untuk terus
menyokong perniagaan di
peringkat global. Perancangan yang diamalkan usahawan-usahawan untuk jangka masa panjang telah dirancang bagi mengerakkan struktur dan
pengurusan organisasi. Proses pengorganisasian jelas menunjukkan usahawan-usahawan tersebut sangat mementingkan produknya berkualiti. Setiap
kepimpinan dalam organisasi sangat penting bagi memastikan pengurusan
penjabatan berjalan dengan lancar. Pendekatan strategi yang digunakan merupakan
kayu ukur setiap pencapaian untuk berkembang menghasilkan evolusi dalam
perniagaan. Proses pengawalan yang dilaksanakan mampu memastikan jenama syarikat
mereka terus berkembang membuat perubahan mengikut persekitaran perniagaan.
Sekiranya organisasi dalam sesebuat syarikat menjalankan peranan masing-masing
sudah pasti jenama produk syarikat mereka dapat dikukuhkan dihati pelanggan
untuk terus percaya menggunakannya sehingga sekarang.
BAHAGIAN B
CIRI-CIRI USAHAWAN BILL GATES
Usahawan Bill Gates merupakan usahawan Amerika Syarikat
yang berjaya dalam menempah nama di persada dunia perniagaan antarabangsa.
Beliau telah membina perniagaannya, iaitu Microsoft
Corporation sehingga dikenali satu
dunia kerana beliau mempunyai daya usaha untuk memperluaskan peluang pemasaran
produk-produk Microsoft dan mengembangkan syarikat ini sehingga menjadi sebuah
syarikat perisian gergasi. Oleh itu, ciri-ciri usahawan yang ada pada Bill
Gates harus diterokai yang membawa beliau berjaya sehingga ke hari ini.
Bill
Gates atau nama sebenar beliau ialah William Henry Bill Gates III iaitu seorang
rakyat Amerika Syarikat yang dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan atasan
di Hospital Swedish Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955. Beliau mempunyai
dua orang adik-beradik iaitu Kristianne Gates dan Libby Gates. Beliau merupakan
anak kedua dan putera kepada William Henry Gates dan Mary Maxwell Gates. Bill
Gates mendapat pendidikan awal di Lakeside School For Boys, Seattle iaitu
sekolah swasta yang eksklusif. Pada waktu itu, beliau menunjukkan minat dalam
pengaturcaraan komputer ketika berumur 13 tahun. Beliau mempunyai intelektual
yang sangat tinggi kerana telah mendapat 1590 daripada 1600 markah dalam ujian
SAT ketika berada di Lakeside School. Kemudiannya, beliau mendapat pendidikan
yang lebih tinggi di Harvard University. Bill Gates telah berkahwin dengan
Melinda French Gates dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jennifer
Katharine Gates, Rory John Gates dan Phoebe Adele Gates.
Bill
Gates dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang terkenal dan salah seorang
lelaki terkaya di dunia kerana beliau merupakan pengasas Microsoft Corporation
yang ditubuhkan bersama sahabatnya iaitu Paul Allen pada tahun 1975. Microsoft
Corporation telah diberi nama Microsoft iaitu gabungan Micro-computer dan
Software. Beliau juga merupakan seorang yang amat terkenal dalam revolusi
komputer peribadi. Paul Allen telah menunjukkan majalah Popular Electronics
kepada Bill Gates dan dari situ bermulalah beliau menghubungi MITS (Micro
Instrumentation and Telemetry Systems) iaitu syarikat yang memperkenalkan
Altair 8800 untuk mendapatkan perhatian daripada syarikat MITS bagi memulakan
kerja-kerja pengantaraan BASIC untuk Altair 8800. Selain itu, Microsoft
Corporation telah bekerjasama dengan IBM untuk membina pengantaraan BASIC untuk
komputer peribadi terbaru untuk syarikat tersebut iaitu IBM PC pada tahun 1980.
Seterusnya, pada tahun yang sama juga, Microsoft Corporation telah
memperkenalkan sistem operasi terbaharu iaitu menggunakan Graphical User
Interface (GUI) yang dinamakan Windows. Microsoft Corporation banyak
bekerjasama dengan syarikat-syarikat komputer peribadi bagi memuatkan Windows
untuk memastikan Microsoft Corporation terus berkembang sehingga ke hari ini.
1) MENGAMBIL RISIKO TERBUKA
Menjadi usahawan yang berjaya,
seseorang usahawan itu haruslah mempunyai keberanian menanggung apa jua risiko
yang datang dalam perniagaan. Setiap usahawan perlu berani dalam melakukan
sesuatu perkara yang tidak pasti sama ada mendatangkan kebaikan atau keburukan
dengan sendiri di samping mencari kaedah-kaedah dalam menangani risiko yang
timbul. Usahawan haruslah bijak dalam menyelesaikan masalah dengan berhemah dan
bijaksana. Justeru itu, usahawan yang ingin meningkatkan hasil jualan dan
keuntungan produk, mereka haruslah bersedia untuk menanggung risiko yang
tinggi. Hal ini dinyatakan sedemikian kerana semakin tinggi risiko yang
diambil, semakin tinggi pulangan yang diterima.
Bill Gates merupakan usahawan yang berani mengambil
risiko. Bill Gates telah mengambil keputusan untuk berhenti pengajian dari
kolej beliau ketika menemui Micrsosoft kerana beliau nampak potensi dan peluang
yang besar dalam Microsoft. Justeru itu, Bill Gates telah mengambil risiko
besar dengan memulakan perniagaannya berdasarkan kepada misinya, iaitu
penggunaan komputer akan menjadi alat peranti yang paling penting dan akan
digunakan di setiap rumah dan pejabat. Bill Gates telah bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diketahui dalam perniagaannya dan
akan melakukan apa sahaja untuk menanganinya. Malah, beliau telah menentang
pengasas iPhone, Steve Jobs dan tidak mengancam untuk menyalin atau meminjam
idea daripada pencipta besar yang lain dan syarikat-syarikat teknologi.
Kini, beliau mendapat
pulangan yang lumayan daripada hasil risiko yang diambil dan beliau berjaya
menjadikan Microsoft sebagai produk yang diterima di seluruh dunia, malah
setiap manusia menggunakan perincian Microsoft dalam komputer. Akhirnya, beliau
berjaya menjadikan Microsoft sebagai sebuah syarikat gergasi teknologi yang
memperolehi keuntungan berbilion dollar. Hasil daripada kejayaan yang diraih
oleh beliau, Bill Gates telah diiktiraf sebagai usahawan yang terkaya di dunia
dengan mencipta Microsoft.
2)
PEMERHATIAN
Pemerhatian
ialah seseorang yang memberi prihatin yang banyak dalam melakukan sesuatu
perkara ataupun seseorang yang sentiasa melakukan sesuatu perkara dengan
berhati-hati. Bill Gates ialah seorang usahawan yang memiliki ciri pemerhatian
dalam perniagaannya. Hal ini demikian kerana selepas membaca majalah Popular
Electronics, keluaran Januari 1975 yang memperkenalkan Altair 8800, Bill Gates
menghubungi Micro Instrumentation and Telemetry Systems (MITS), syarikat
terlibat dalam penciptaan mikro komputer. Walaupun pada masa ini beliau dan rakannya
masih belum memulakan penulisan kod untuk Altair 8800, tetapi beliau
memberitahu president syarikat MITS bahawa kerja-kerja membina pengantaraan
BASIC sedang diproses oleh rakan kongsinya. Bill Gates dan Paul Allen masih
belum memulakan penulisan kod kerana mereka masih tidak mempunyai Altair, dan
tujuan beliau yang menelefon president syarikat MITS itu hanyalah untuk menarik
perhatian dari pihak MITS.
Dengan
itu, Presiden syarikat MITS kemudian bersetuju untuk bertemu Bill Gates dan
rakannya Paul Allen untuk memberi demonstrasi. Dalam tempoh masa beberapa
minggu, Bill Gates dan rakannya Paul Allen berjaya membina padanan (emulator)
untuk Altair yang menggunakan minikomputer dan pengantaraan BASIC. Bill Gates
dan Paul Allen kemudiannya berjaya mendapat kontrak mengedarkan pengantaraan
tersebut yang digelar Altair BASIC selepas kejayaan mereka di dalam demonstrasi
yang dibuat di pejabat MITS di Albuquerque. Bill Gates bersama Paul Allen
kemudian mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakan perniagaan barunya
iaitu menubuhkan syarikat Micro-Soft. Microsoft BASIC menjadi perisian yang
terkenal dan popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin
dan diedar secara berluasan kepada komuniti–komuniti peminat komputer. Pada
Februari 1976, Bill Gates menulis surat terbuka kepada pengemar (Open Letter to
Hobbyists) di dalam risalah MITS, yang menjelaskan bahawa pihak MITS tidak
boleh meneruskan pengeluaran, pengedaran dan mengekalkan perisian yang
berkualiti tinggi tanpa sebarang bayaran. Penjelasan itu tidak diendahkan oleh
ramai pengemar komputer tetapi Bill Gates tetap dengan pendiriannya bahawa
orang yang membina perisian yang berkualiti tinggi itu berhak mendapat bayaran
di atas kerjanya. Syarikat Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan pihak MITS
pada hujung tahun 1976 dan meneruskan pembinaan bahasa pengatucaraan perisian
(programming language software) untuk pelbagai sistem.
Menurut
Bill Gates, pekerja-pekerja awal di syarikat Microsoft biasanya membuat lebih
daripada satu kerja pada awal penubuhannya. Contohnya, sesiapa yang menjawab
telefon yang meminta barang dihantar, adalah orang yang patut membungkus barang
dan menghantar barang. Bill Gates berperanan orang yang mempunyai tanggungjawab
yang besar dalam syarikatnya tetapi beliau tetap membantu dalam penulisan kod.
Dalam masa 5 tahun yang pertama penubuhan syarikat Microsoft, beliau
bertanggungjawab memeriksa setiap satu baris kod sumber dan juga membaiki kod
sebelum ia diedarkan jika perlu. Beliau yang sentiasa mempunyai ciri pemerhatian
iaitu sentiasa melakukan perkara dengan berhati-hati menyebabkan beliau berjaya
dalam perniagaannya.
Semenjak
syarikat Microsoft ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga tahun 2006, Bill Gates
bertanggungjawab ke atas strategi syarikat dan juga pemasaran. Beliau secara
agresifnya telah memperluaskan dan meningkatkan peluang pemasaran produk-produk
Microsoft dan telah berjaya mengembangkan syarikat itu sehingga dikenali
sebagai syarikat perisian gergasi.
3) BERWAWASAN
Berwawasan bermaksud seseorang yang berfikir tentang masa
depan atau kemajuan dengan cara yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi
tinggi. Seorang usahawan perlu berwawasan dan berfikiran jauh untuk merancang,
menganalisis, merumus dan mengambil setiap peluang yang ada. Hal ini kerana seseorang
usahawan perlu meramal sesuatu perkara sebelum perkara tersebut berlaku sama
ada memberi keuntungan atau kerugian kepada perniagaan mereka. Menurut Des
Dearlove (2010), Bill Gates merupakan seorang yang berwawasan kerana beliau
memiliki sifat berpandangan jauh yang unik. Hal ini kerana, beliau mengamalkan
sikap duduk dan berfikir, menerima dan menyesuaikan diri dalam setiap keadaan,
berbudi bahasa, berjaga-jaga dan beliau memegang prinsip lebih baik terlewat
daripada tidak pernah mencuba.
Seterusnya, Bill Gates
menyatakan bahawa beliau akan menyuruh pekerja-pekerjanya sentiasa mengamalkan
sikap duduk dan berfikir dalam setiap tindakan. Bill Gates menganggap dirinya
berperanan besar dalam mencapai wawasan syarikat lalu mengetepikan salah satu
aspek yang lebih biasa semasa
menjalankan perniagaan, beliau percaya tugasnya adalah untuk melakar
masa depan. Kritikan sering dibuat oleh pengkritik kepada syarikat Microsoft
Corporation dengan menyatakan
bahawa syarikat tersebut tidak mempunyai inovator yang hebat, dan hanya meniru
idea orang lain. Namun, syarikat Microsoft Corporation
menyangkal kritikan tersebut kerana syarikat itu lebih mengiktiraf potensi komersial idea dan pemasaran dalam
konsep menerima dan menyesuaikan diri dalam persekitaran (Des Dealove, 2010).
Selain itu, Bill Gates bercakap bahasa pengaturcara komputer dan merupakan
salah satu kekuatan yang besar sebagai pemimpin dan juga kelemahannya.
Berkomunikasi dengan rakan-rakan iaitu Ahli Teknologi Microsoft
Corporation memberinya saluran
komunikasi yang terbuka yang membenarkan beliau untuk memberi inpirasi kepada
pekerja-pekerja Microsoft Corporation ke tahap yang lebih meluas
4)
BUDAYA TERBUKA
Kebudayaan terbuka adalah
konsep yang dimana pengetahuan hendaklah disebarkan secara bebas dan pertumbuhanya
haruslah merangkumi daripada membangun, menukar, atau memperkaya kerja-kerja
yang sudah ada atas dasar perkongsian dan kerjasama tanpa terikat kepada
peraturan yang berkaitan dengan perlindungan undang-undang harta intelek.
Bill Gates sangat mahir dengan
dalam pembelajaran matematik dan berminat dalam pengkomputeran peribadi sejak
dari kanak-kanak lagi. Beliau telah menubuhkan Microsoft dan mendapatkan projek
untuk menggunakan BASIC iaitu sebuah bahasa pemprograman komputer pada apa-apa
pelepasan komputer persendirian komputer terbaru. Bagi megekalkan Microsoft
kekal nombor satu dalam perniagaan sistem operasi, Microsoft berkerjasama
dengan syarikat-syarikat komputer peribadi untuk memuatkan ‘‘Windows’’ yang
boleh didapati pada semua komputer. Dengan kejayaan kerjasama ini, Microsoft
menjadi sebuah syarikat gergasi dalam bidang operasi dan menjadikan Bill Gates
sebagai sebagai orang terkaya sehingga kini.
Sebagai seorang pemimpin Bill
Gates melaksanakan budaya perniagaan yang sangat baik. Bagi beliau, ia adalah
sangat penting untuk melibatkan semua orang kerana ia adalah mustahil untuk
menguasai semua pengetahuan teknikal atau melakukan semua kerja sendiri. Bill
Gates membina budaya perniagaan terbuka dengan menggalakan suasana bebas dan
santai, mewujudkan struktur yang rata dengan herarki yang tidak banyak
membahagikan syarikat itu ke dalam kumpulan-kumpulan kecil, memberikan
kumpulan-kumpulan dengan tugas yang jelas dan memberi tanggungjawab sepenuhnya
kepada tugas yang akan merangsang perbincangan dan perbahasan serta mengiktiraf
dan meraikan kejayaan kumpulan atau individu.
Sebagai contoh Bill Gates
menghantar contoh kepeda perkerjanya bahawa dia akan mempertimbangkan kesalahan
pekerjanya berhati-hati dan bertolak ansur apabila perlu. Terutamanya jika
mereka boleh belajar sesuatu daripada kesilapan itu untuk menjadikan syarikat
lebih baik. Sebaliknya, walaupun kerja-kerja yang sukar, pekerjaanya dapat merasai
suasana berehat ditempat kerja. Dengan adanya suasana ini, sudah pasti para
pekerja dapat meningkatkan kreativiti mereka dalam menyelaraskan masalah di
tempat kerja setiap hari.
5) BERORIENTASIKAN PASUKAN
Berorientasikan pasukan merupakan gabungan beberapakan
individu untuk menjayakan dan mengembangkan sesuatu perniagaan. Usahawan
bercirikan orientasi pasukan ini selalunya mengembangkan perniagaannya ke arah
perniagaan yang lebih besar dan berdaya maju serta memerlukan lebih ramai
pekerja untuk turut serta bagi menjayakan perniagaan yang diusahakan oleh
usahawan tersebut. Usahawan berorientasikan pasukan ini juga suka kepada
kemajuan yang besar dan mereka lebih cekap dalam pengurusan organisasi dan
manusia. Oleh itu, mereka lebih berorientasikan pekerja dan bekerjasama sebagai
satu pasukan dalam mencapai matlamat.
Usahawan
yang berorientasikan pasukan ini dapat dilihat pada Bill Gates atau William
Henry Gates III yang merupakan pengasas kepada Microsoft iaitu perusahaan
perisian komputer terbesar di dunia. Bill Gates dan rakan-rakannya iaitu Paul Allen,
Ric Weiland dan Kent Evants amat meminati pengprograman komputer yang
menggunakan bahasa Basic sehingga sebuah perusahaan pengprograman bernama dan
terkenal iaitu Information Sciences, Inc mengupah mereka untuk menulis program
sistem pembayaran gaji dengan menggunakan bahasa COBOL. Pada tahun 1974, idea
mendirikan perusahaan sistem perisian komputer mula berkembang apabila MITS
Altair 8800 berasaskan CPU Intel 8080 dilancarkan. Bill Gates kemudian menghubungi
MITS dan menawarkan sistem operasi berasaskan Basic yang dapat diguna sebagai
platformnya dan sistem operasi pertamanya dinamakan dengan Altair Basic. Beliau
bersama Paul Allen menamatkan perusahaan softwarenya dengan nama Microsoft dan
Bill Gates menjadi pemegang saham peribadi terbesar.
Secara
kesimpulannya, dapat kita lihat bahawa semangat mereka sebagai rakan dalam
meminati penulisan program komputer sehingga Bill Gates bergabung dengan Paul
Allen menjadi rakan sepasukan dalam mendirikan perusahaan perisian komputer
yang akhirnya membuahkan kejayaan sehingga sekarang.
3.0 RUJUKAN
Amran Awang. (2013). Keusahawanan: Konsep Yang Terus Berubah.
Diakses pada 4 November 2016 daripada laman sesawang https://www.academia.edu
Azizan Osman. (2014). Kegagalan Adalah Kejayaan. Diakses pada 5 November 2016 daripada
laman sesawang http://azizanosman.com/
BiofrafiKu.com. (2015). Biografi Bill Gates. Diakses pada 6
November 2016 daripada laman sesawang http://www.biografiku.com/2009/01/biografi-bill-gates.html.
Brown, J. (2014). The Top 10 Dare Devil Entrepreneurs Who Embrace Risk. Diakses pada
3 November 2016 daripada laman sesawang http://addicted2success.com/
Des Dearlove. (2010). The Unauthorized Guide To Doing Business The
Bill Gates Way: 10 Secrets of The World Richest Business Leader. United
State: TJ International Ltd.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2008-2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Diakses pada
4 November 2016 daripada laman sesawang http://prpm.dbp.gov.my/
Leddin, P. (2014). Three Observations About Jack Ma: The Man Behind Alibaba. Diakses
pada 5 November 2016 daripada laman sesawang https://www.linkedin.com
Majalah Niaga. (2013). Senarai Unggul: Lapan Guru Bisnes Pilihan Usahawan Malaysia.
Diakses pada 5 November 2016 daripada laman sesawang
http://www.majalahniaga.com/
Nani Mohd Salleh. (2014). 10 Rahsia Menjadi Usahawan Berjaya.
Diakses pada 3 November 2016 daripada laman sesawang
http://www.majalahniaga.com/
Official
Website Adidas Corporation. Diakses pada 27 September 2016
daripada laman sesawang http://www.adidas group.com
Usahawan.Com. (n.d.). Rahsia Kejayaan Air Asia. Diakses pada 3
November 2016 daripada laman sesawang http://www.usahawan.com/
Vulcan Post. (2013). Billionare Jack Ma Teaches You How To Be
Successful In Life And Business. Diakses pada 5 November 2016 daripada
laman sesawang https://vulcanpost.com
Wikipedia. (2015). Henry Ford. Diakses pada 4 November 2016 daripada laman sesawang
https://ms.wikipedia.org
Wikipedia. (2016). Bill Gates. Diakses pada 3 November 2016 daripada laman sesawang
https://ms.wikipedia.org
Wikipedia. (2016). Jack Ma. Diakses pada 5 November 2016 daripada laman sesawang
https://en.wikipedia.org
Wikipedia. (2016). Kolonal Harland Sander. Diakses pada 3 November 2016 daripada laman
sesawang https://id.wikipedia.org/wiki/Harland_Sanders
Wikipedia. (2016). SimplySiti. Diakses pada 3 November 2016 daripada laman sesawang https://ms.wikipedia.org/wiki/SimplySiti
Wikipedia. (2016). Siti
Nurhaliza binti Tarudin . Diakses pada 3
November 2016 daripada laman sesawang https://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Nurhaliza_binti_Tarudin
Wikipedia. (2016). Tony Fernandes. Diakses pada 3 November 2016 daripada laman sesawang
https://ms.wikipedia.org